Saturday, July 4, 2009

Pesta Perlis

Pesta Perlis

Oleh Hamid Salleh
sukan@hmetro.com.my

KEDUDUKAN pasukan teratas Liga Super tidak berubah selepas perlawanan ke-22 dengan Selangor masih terus bertahan sementara Perlis mengekori rapat selepas kedua-dua pasukan mencatat kemenangan malam tadi.

Jaringan tunggal Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-78 sudah cukup buat Selangor meraih kemenangan ke atas KL Plus di Shah Alam sementara Perlis membelasah Negeri Sembilan, 4-0 di Paroi.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, harapan Kelantan untuk terus meraih kemenangan berganda tidak kesampaian selepas tewas 2-0 kepada Terengganu.

Kedua-dua gol Terengganu dijaringkan Ahmad Nordin Alias pada minit kelapan dan Abdul Manaf Mamat melengkapkan kemenangan bergaya Terengganu pada m-55.



Di Stadium Darulmakmur, jurulatih Pahang, Dollah Salleh akhirnya menemui sentuhan pertama sejak mengambil alih tugas itu dengan menamatkan badi kekalahan berturut-turut menundukkan pasukan tercorot, Polis, 3-1.

Di Stadium Darulaman, Kedah turut bernasib baik untuk memungut tiga mata berharga apabila membenam pasukan bermasalah, UPB/MyTeam, 1-0.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang berjaya maraih tiga mata berharga apabila mencatat kemenangan keempat ke atas Kuala Muda Naza, 3-0.

Di Stadium Perak, tuan rumah, Perak menerima nasib berbeza selepas tewas 3-0 kepada Johor FC.

No comments:

Post a Comment